Restoran & Kafe

Laman Web Anda Sepenting Menu Anda.

Di Sah Digital, kami bantu pemilik restoran & kafe di Malaysia untuk menarik lebih ramai pelanggan, menguruskan tempahan dengan mudah, dan mempamerkan keistimewaan hidangan anda melalui laman web yang profesional dan memikat selera.

Masalah vs. Penyelesaian

Adakah Ini Masalah Anda?

MASALAH

PENYELESAIAN KAMI

Ciri-Ciri Khas Untuk Perniagaan F&B Anda

Lengkapkan Laman Web Anda Dengan Fungsi-Fungsi Hebat Ini

Kami akan bina halaman menu yang cantik dan mudah dikemas kini. Kami juga akan sediakan Kod QR yang boleh anda cetak dan letak di atas meja, membolehkan pelanggan melayari menu terus dari telefon mereka.

Terima tempahan 24/7 tanpa perlu menjawab telefon. Pelanggan pilih tarikh dan masa, anda hanya perlu sahkan. Boleh disepadukan dengan kalendar Google anda.

Satu ruang khas untuk mempamerkan gambar hidangan signature, video suasana kedai, dan testimoni video pelanggan. Biar visual yang menyelerakan melakukan jualan untuk anda.

Memudahkan pelanggan untuk datang terus ke kedai anda. Dengan satu klik, peta di telefon mereka akan terus tunjukkan arah ke lokasi anda di Kota Bharu.

Jika anda menawarkan khidmat katering atau sewaan ruang, kami boleh sediakan borang khas untuk memudahkan pelanggan menghantar pertanyaan dan mendapatkan sebut harga.

Pilih Pakej yang Sesuai Untuk Anda

Lengkapkan Laman Web Anda Dengan Fungsi-Fungsi Hebat Ini

Digital Asas

Sesuai untuk warung atau kafe yang baru nak online.
RM 1,200
  • Rekaan 1 Halaman Utama (One-Page)
  • Paparan Waktu Operasi & Lokasi
  • Galeri Menu Asas (sehingga 20 item)
  • Integrasi Peta Waze/Google Maps
  • Rekaan Mesra Telefon Pintar
  • Sijil Pengesahan Digital

Interaktif Pelanggan

Sesuai untuk restoran & kafe yang mahu interaksi online.
RM 1,600
  • Semua dalam Pakej Digital Asas
  • Laman Web sehingga 5 Halaman (Cth: Menu, Galeri, Tentang Kami)
  • Menu Digital dengan Kod QR
  • Sistem Tempahan Meja Online
  • Latihan Asas Kemas Kini Menu
Popular

Premium Penuh

Untuk perniagaan F&B yang serius untuk dominasi digital.
RM 2,500
  • Semua dalam Pakej Interaktif Pelanggan
  • Borang Tempahan Katering & Acara
  • Sesi Fotografi Makanan Profesional (1 sesi)
  • Integrasi Media Sosial (Live Feed Instagram)
  • Pakej SEO Tempatan Asas