Penjagaan & Sokongan
Laman Web Anda Sudah 'Live'. Biar Kami Jaga Selepas Ini
Pelancaran laman web anda adalah satu permulaan, bukan penamat. Dengan pakej penjagaan kami, anda boleh fokus 100% pada perniagaan anda sementara kami pastikan aset digital anda sentiasa selamat, laju, dan dikemas kini.
Kenapa Laman Web Anda Perlukan Penjagaan?
Ibarat Servis Kereta, Laman Web Juga Perlukan Perhatian Berkala.
Dunia digital sentiasa terdedah kepada ancaman penggodam. Kami sentiasa memantau, mengimbas, dan mengemas kini sistem keselamatan untuk melindungi laman web anda dari pencerobohan.
Laman web yang lambat akan dijauhi oleh pelawat dan enjin carian seperti Google. Kami akan pastikan laman web anda sentiasa dioptimumkan untuk kelajuan muatan yang pantas.
Teknologi sentiasa berubah. Plugin, tema, dan platform WordPress perlu sentiasa dikemas kini untuk memastikan semuanya berfungsi dengan lancar dan mengelakkan sebarang masalah teknikal.
Perkara terakhir yang anda mahu risaukan adalah masalah teknikal laman web. Serahkan urusan teknikal kepada kami, supaya anda boleh tumpukan pada perkara yang paling penting: mengembangkan perniagaan anda.
Pilih Pakej Sokongan Anda
Fokus pada bisnes anda, kami uruskan bahagian teknikal. Pilih pelan di bawah dan nikmati penjimatan dengan bayaran tahunan!
Jaminan Asas
Sesuai untuk laman web statik yang tidak kerap berubah, sebagai 'insurans' untuk keselamatan & prestasi.-
Sandaran (Backup) ke Cloud Mingguan
-
Imbasan Keselamatan (Security Scan) Mingguan
-
Kemas Kini Teras WordPress
-
Kemas Kini Tema & Plugin
-
Pemantauan Masa Aktif (Uptime Monitoring)
Rakan Bisnes
Sesuai untuk perniagaan aktif yang perlu mengemas kini promosi, gambar, atau maklumat secara berkala.-
Semua dalam Pakej Jaminan Asas
-
1 Jam Bantuan Kemas Kini Kandungan Sebulan (Cth: Tukar banner promosi, kemas kini harga, tambah artikel blog yang anda sediakan)
-
Laporan Kesihatan Laman Web Bulanan
Rakan Pertumbuhan
Sesuai untuk perniagaan yang serius tentang pertumbuhan dan mahukan data untuk membuat keputusan.-
Semua dalam Pakej Rakan Bisnes
-
Sehingga 3 Jam Bantuan Kemas Kini Kandungan Sebulan
-
Laporan Prestasi SEO Asas Bulanan (Menunjukkan kedudukan kata kunci utama & cadangan penambahbaikan)
-
Sokongan Keutamaan (Priority Support)
F.A.Q Penjagaan
Perkara yang Sering Ditanya
Langganan tidak wajib, tetapi sangat disyorkan. Tanpa penjagaan, laman web anda terdedah kepada risiko keselamatan, boleh menjadi perlahan, dan mungkin mengalami masalah teknikal apabila teknologi berubah.
Sudah tentu! Anda boleh menaik taraf pakej anda pada bila-bila masa.
Anda hanya perlu hantarkan emel atau WhatsApp kepada kami dengan butiran kemas kini yang diperlukan, dan kami akan uruskannya dalam masa 48 jam bekerja.