
Rapatkan Saf, Luaskan Manfaat: Gerbang Digital Untuk Ummah
Menyantuni Komuniti Melalui Portal Informasi Berpusat
Di era digital, penyampaian maklumat yang cepat dan telus adalah kunci untuk mengukuhkan ukhuwah. Sah Digital membantu masjid dan organisasi untuk membina portal komuniti yang mudah diakses, mesra pengguna, dan senang diurus.
Masalah vs. Penyelesaian
Memudahkan Urusan, Merapatkan Jemaah
CABARAN PENGURUSAN
- Maklumat program kuliah, tazkirah, atau aktiviti lambat sampai kepada ahli kariah.
- Proses kutipan derma dan sumbangan kurang telus dan terhad kepada tabung fizikal sahaja.
- Tiada satu platform rasmi untuk menyimpan dan berkongsi laporan kewangan atau minit mesyuarat.
- Sukar untuk menarik penyertaan, terutamanya dari golongan muda, untuk aktiviti kemasyarakatan.
PENYELESAIAN KEDAI E-DAGANG ANDA
- Pusat Pengumuman Terkini: Satu halaman khas untuk semua hebahan rasmi. Kemas kini jadual kuliah, program mingguan, atau pengumuman penting dengan pantas. Semua ahli kariah boleh rujuk di satu tempat.
- Sistem Infaq & Derma Online: Memudahkan orang ramai untuk menyumbang pada bila-bila masa melalui FPX. Sistem yang telus dan setiap transaksi direkodkan secara automatik.
- Arkib Digital Organisasi: Ruang khas untuk memuat naik dan menyimpan dokumen-dokumen penting secara selamat untuk rujukan AJK dan ahli.
- Tarikan Digital: Dengan portal yang moden dan interaktif, lengkap dengan galeri aktiviti dan kalendar program, ia dapat menarik minat semua lapisan masyarakat untuk terlibat.
Fungsi-Fungsi Khas Untuk Portal Komuniti Anda
Lengkapkan Portal Anda Dengan Fungsi-Fungsi Bermanfaat
Kalendar Program & Jadual Kuliah Interaktif 🗓️
Paparkan semua aktiviti bulanan dalam format kalendar yang mudah dibaca. AJK boleh kemas kini jadual kuliah, program khas, atau mesyuarat dengan mudah, dan ahli kariah boleh melihatnya pada bila-bila masa.
Portal Infaq & Derma Digital yang Selamat 🤲
Sediakan platform yang mudah dan telus untuk orang ramai menyalurkan sumbangan. Kami boleh integrasikan dengan sistem pembayaran FPX atau sediakan paparan Kod QR DuitNow untuk transaksi yang pantas dan direkodkan.
Galeri Foto & Video Aktiviti 🖼️
Kongsikan semula kenangan dan kejayaan program-program yang telah dijalankan seperti majlis berbuka puasa, gotong-royong, atau seminar. Ini dapat menggalakkan lebih ramai penyertaan di masa hadapan.
Arkib Dokumen & Laporan Tahunan 📂
Satu ruangan khas yang dilindungi kata laluan (jika perlu) untuk AJK menyimpan dan mengakses minit mesyuarat, laporan kewangan tahunan, dan dokumen-dokumen penting lain, mempromosikan tadbir urus yang baik.
Pakej Khidmat Digital Komuniti
Pilih Pakej Khidmat Digital Mengikut Keperluan Anda
Makmur Asas
Untuk memulakan kehadiran digital yang rasmi.-
Portal 1 Halaman (One-Page)
-
Paparan Waktu Solat & Arah Kiblat
-
Ruang Pengumuman & Hebahan
-
Maklumat Hubungan & Peta Lokasi
-
Rekaan Mesra Telefon Pintar
-
Sijil Pengesahan Digital
Ukhuwah Digital
Untuk interaksi dan pengurusan komuniti yang lebih aktif-
Semua dalam Pakej Makmur Asas
-
Portal sehingga 5 Halaman
-
Kalendar Program & Aktiviti
-
Borang Derma Online (dengan pautan ke bank/Kod QR)
-
Galeri Foto & Video
Gerbang Ummah
Untuk pengurusan digital yang menyeluruh dan profesional.-
Semua dalam Pakej Ukhuwah Digital
-
Integrasi Penuh Gerbang Pembayaran (Payment Gateway) untuk Derma
-
Arkib Dokumen & Laporan (dengan kawalan akses)
-
Borang Pendaftaran Sukarelawan/Ahli Kariah